PULAU PINANG 22 Dis. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, program Food Bank Malaysia yang dilancarkan hari ini bertepatan dengan fokus kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (B40). Dr. Mahathir berkata, ini kerana golongan itu perlu diberi perhatian sepenuhnya bagi membolehkan mereka mendapat akses bekalan makanan kerana dapat menjimatkan perbelanjaan bagi kos pembelian makanan. Kata beliau, ini juga secara tidak langsung meningkatkan…









