‘Empat terbaik mampu digapai’ - Utusan Malaysia

‘Empat terbaik mampu digapai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 7 Dis. – Jesse Lingard berkata, Manchester United memerlukan sedikit masa untuk kembali berada di kedudukan empat terbaik dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain tengah itu, berjaya meledakkan satu gol ketika membantu pasukannya bangkit mengikat kedudukan 2-2 dengan Arsenal di Old Trafford, Rabu lalu, namun, pasukan kendalian Jose Mourinho masih ketinggalan lapan mata bagi mengisi slot automatik ke Liga Juara-Juara, musim depan.

“Perjalanan masih jauh untuk musim ini, kami perlu fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan serta cuba mendapatkan tiga mata. Itu adalah perkara utama.

“Terutamanya bulan ini yang mempunyai banyak perlawanan, jadi kami memerlukan semua orang dalam pasukan kekal cergas 100 peratus. Sudah pasti akan ada sistem penggiliran dan semua pemain perlu sentiasa bersedia,” kata pemain England itu.

Meraih satu mata ketika bertemu Arsenal menyaksikan United melebarkan rekod empat perlawanan tanpa kemenangan dalam aksi liga dan bakal menerima kunjungan Fulham di Old Trafford, esok.

Arsenal muncul satu-satu pasukan ketika musim 2012/13 dan 2014/15 berjaya bangkit daripada permulaan musim yang buruk dengan menamatkan saingan liga di kedudukan empat terbaik.

“Saya yakin dengan pasukan. Kami bermain sebagai satu unit dan memberi segalanya ketika beraksi demi mengembalikan kepercayaan penyokong. Sebagai pemain, saya sentiasa mahu menang dalam setiap perlawanan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN