MANCHESTER 7 Dis. – Jesse Lingard berkata, Manchester United memerlukan sedikit masa untuk kembali berada di kedudukan empat terbaik dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). Pemain tengah itu, berjaya meledakkan satu gol ketika membantu pasukannya bangkit mengikat kedudukan 2-2 dengan Arsenal di Old Trafford, Rabu lalu, namun, pasukan kendalian Jose Mourinho masih ketinggalan lapan mata bagi mengisi slot automatik ke Liga Juara-Juara, musim depan. “Perjalanan masih jauh untuk musim ini, kami perlu fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan serta cuba mendapatkan tiga mata. Itu adalah perkara utama. “Terutamanya bulan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya