KETIKA dikurniakan rezeki yang berganda, tahun ini juga menyaksikan rumah tangga yang dibina musnah dilanda badai. Berbaki seminggu sebelum tahun baharu menjelma, dia antara sosok yang sering diberikan perhatian sepanjang tahun ini. Tidak apa lagi yang harus dikenangkan, tiada apa lagi yang boleh disesalkan. Kehidupan perlu diteruskan sementelah masih banyak misi hidup lain yang perlu diteruskan. “Saya anggap ini merupakan tahun untuk kembali mengenal diri dan memperbaiki semua kesilapan. Tiada…










