Dua penjenayah Adik dan Burung diberkas polis - Utusan Malaysia

Dua penjenayah Adik dan Burung diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Malang kepada dua penjenayah apabila bukan sahaja melarikan sebuah beg berisi kasut kanak-kanak malah aksi mereka memecah masuk kenderaan dirakam oleh pengunjung dalam kejadian di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Bukit Tinggi kelmarin. 

Kedua-dua suspek dikenali sebagai Burung dan Adik masing-masing berusia 33 dan 19 ditahan selepas 20 jam melakukan jenayah mereka.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, 
penahanan mereka susulan penularan video berdurasi 1minit 37 saat di laman sosial Facebook dalam kejadian yang berlaku pukul 4.30 petang pada Jumaat lalu.

Katanya, bertindak menerusi video tersebut kedua-dua suspek berjaya ditahan di sekitar Bukit Tinggi pada pukul 2.30 pagi dan 12.30 tengahari. 

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berjaya memecah masuk sebuah kereta jenis Perodua Kancil susulan tidak berkunci sebelum melarikan beg berisi kasut kanak-kanak daripada but kereta dengan menaiki motosikal jenis Honda EX5. 

“Kedua-dua suspek yang merupakan penagih dadah itu mengakui melakukan pecah masuk kenderaan tersebut,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. 

Beliau menambah, hasil siasatan turut mendapati mereka telah bergerak aktif melakukan jenayah pecah kenderaan sejak sebulan lalu. 

Jelas Amar, semakan rekod mendapati kedua-dua suspek turut mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk dadah. 

“Suspek dikenali Adik juga didapati baharu dua bulan keluar daripada penjara atas kesalahan mencuri. 

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya. 

Terdahulu, menerusi rakaman video itu memaparkan dua suspek dengan menaiki motosikal telah menuju ke kawasan tempat letak kenderaan di pasaraya berkenaan. 

Salah seorang suspek kemudiannya telah bertindak memecah masuk sebuah kereta jenis Perodua Kancil sebelum melarikan sebuah beg. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN