Dua nelayan Myanmar tangkap ikan guna bubu naga ditahan - Utusan Malaysia

Dua nelayan Myanmar tangkap ikan guna bubu naga ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT – Dua nelayan asing warga Myanmar ditahan Jabatan Perikanan selepas menangkap ikan menggunakan bubu naga kira-kira 2.38 batu nautika dari perairan pantai Sungai Belukang, Rungkup dekat sini hari ini.

Ketua Pangkalan Perlindungan Sumber, Jabatan Perikanan Malaysia Lumut, Mansor Yobe berkata, kedua-dua suspek berusia 33 dan 38 tahun itu ditahan bersama 82 buah bubu naga di atas sampan nelayan tempatan yang tidak berlesen selain menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Penggunaan bubu naga sebagai peralatan menangkap ikan telah dilarang penggunaannya sejak 1 November lalu. 

“Ini kerana ia menyalahi Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi. 

Tambah Mansor, semua bubu naga tersebut dirampas Jabatan Perikanan dan pemiliknya akan dikenakan kompaun. 

Beliau turut menasihatkan nelayan agar tidak menggunakan bubu naga sebagai alat menangkap ikan kerana ia turut memerangkap anak-anak ikan di kawasan pesisiran pantai. 

“Penggunaan bubu naga ini boleh menyebabkan kepupusan spesies ikan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×