LUMUT 28 Dis. – Jabatan Perikanan daerah ini menahan dua nelayan warga asing kerana menangkap ikan menggunakan bubu naga di Pantai Sungai Belukang, Rungkup dekat sini hari ini. Ketua Pangkalan Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan Malaysia Lumut, Mansor Yobe berkata, hasil daripada aduan yang diterima pada pukul 8 pagi, sepasukan anggota penguatkuasa jabatan itu telah menuju ke lokasi. Menurutnya, setibanya dilokasi, didapati dua nelayan yang menggunakan sampan sedang menjalankan aktiviti menangkap…









