Dua maut seorang parah kereta bertembung - Utusan Malaysia

Dua maut seorang parah kereta bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN 30 Dis. – Dua maut manakala seorang kanak-kanak berusia 5 tahun cedera dalam kemalangan di kilometer 12.5 Jalan Paka – Al Mukhtafi Billah Shah dekat di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 8.15 pagi itu, Muhamad Hisyam Alimun, 26, dan Fazroazahar Rahim, 34, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Difahamkan, ketika kejadian, Muhamad Hisyam yang memandu kereta jenis Proton Satria bersama anak saudaranya dalam perjalanan dari Bandar Ketengah Jaya menuju ke Bandar Paka manakala Fazroazahar yang memandu kereta jenis Honda Civic dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Kawasan Perindustrian Kerteh, Kemaman menuju ke Bandar Ketengah Jaya.

Setiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu Muhamad Hisyam dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan lain dihadapannya menyebabkannya bertembung dengan kereta yang dipandu Fazroazahar.

Akibat pertembungan tersebut, kedua – dua mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan telah berjaya dikeluarkan oleh pihak Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka tidak lama kemudian.

Kedua-dua mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×