Dua gerai dirobohkan selepas lesen perniagaan ditamatkan - Utusan Malaysia

Dua gerai dirobohkan selepas lesen perniagaan ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap dua buah gerai yang membina struktur binaan kekal di kawasan kaki lima di Jalan Jalil Perkasa 7, Bukit Jalil di sini hari ini.

Difahamkan, tindakan tersebut dilakukan selepas pihak DBKL mendapati lesen perniagaan dua buah gerai berkenaan telah ditamatkan oleh Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Azman Mahmood berkata, operasi berkenaan dijalankan pada pukul 8 pagi dengan kekuatan seramai 52 pegawai dan anggota.

“Tindakan meroboh struktur binaan kekal itu dilakukan selepas kita mendapati lesen perniagaan mereka telah ditamatkan oleh Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Penjaja.

“Kawasan berkenaan juga didapati tidak sesuai untuk menjalankan perniagaan kerana ia terletak di kawasan kaki lima,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Tambahnya, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku ketika kerja-kerja merobohkan gerai berkenaan dilakukan dan operasi berjalan dengan lancar.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 1 petang dan kawasan berkenaan juga telah dibersihkan bagi memastikan keselamatan orang awam yang berada di kawasan terbabit.

“Saya juga ingin menegaskan, DBKL tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang masih berdegil,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN