BANDA ACEH 21 Dis. – Sebanyak dua daripada 46 bungkusan mengandungi rangka manusia mangsa bencana tsunami yang ditemukan di kompleks perumahan Dusun Lamseunong Lama, Gampong Kajhu, kelmarin, didapati ‘kosong’. Portal Serambinews.com melaporkan, perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kota Banda Aceh, Trisno Riyanto SH melalui Ketua Polis Sektor Baitussalam, Iptu Afrinal hari ini. Menurut Iptu, hasil kenal pasti daripada 44 bungkusan rangka manusia yang ditemukan, terdapat 23 rangka lelaki, 16…










