Draf baharu skim bayaran balik PTPTN siap enam bulan - Utusan Malaysia

Draf baharu skim bayaran balik PTPTN siap enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Draf baharu skim bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dijangka disiap dalam tempoh enam bulan.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, draf tersebut kemudiannya akan dibentang kepada Kabinet bagi mendapat kelulusan.

Beliau berkata, PTPTN kini sedang giat mengadakan pertemuan dengan semua pemegang taruh seperti pemimpin masyarakar dan badan bukan kerajaan untuk mendapat input tentang penambahbaikan kaedah pembayaran balik pinjaman terbabit.

“Kajian sedang berjalan dan saya telah pergi ke Kedah, Perlis, Perak dan Terengganu pada hari ini (semalam) untuk berjumpa dengan semua pihak di peringkat akar umbi bagi mendapatkan informasi.

“Kita akan mendengar semua pandangan dan penambahbaikan skim tersebut bergantung kepada maklum balas berkenaan. Ia dijangka mengambil masa paling awal enam bulan untuk disiapkan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Bantuan Persekolah kepada 1,000 murid dan pelajar sekolah negeri ini anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini hari ini. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×