PUTRAJAYA 29 Dis. – Tun Dr. Mahathir Mohamad sebak apabila menyentuh nasib yang menimpa bangsa Melayu sejak lebih 70 tahun lalu berbanding bangsa lain. Menurut Perdana Menteri, beliau sedia dituduh rasis kerana pendedahan nasib bangsanya sendiri yang dilihat telah merosot dalam tempoh berkenaan. Malah, beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersedia namanya diburukkan asalkan bangsa Melayu sedar akan nasib buruk yang akan menimpa mereka di masa hadapan.…










