SEKITAR Ogos lalu, industri hiburan tempatan dijentik luahan pelakon berkaliber, Jalil Hamid berhubung isu layanan dan bayaran tidak setimpal daripada sebuah pihak produksi. Menerusi pendedahan dalam muat naik Instagramnya, Jalil, 61, meluahkan kekesalan apabila ditawarkan harga yang tidak munasabah untuk peranan utama dalam sebuah drama berepisod. Tawaran tersebut sama sekali disifatkan tidak setimpal dengan segala pengalaman dan bakat beliau selama lebih 40 tahun berada dalam industri. Itu belum ditambah dengan…










