HANOI 15 Dis. – Ribuan lautan merah penyokong Vietnam membanjiri segenap Stadium My Dinh, Hanoi malam ini untuk pertembungan paling dinantikan, final kedua Piala AFF 2018 menentang Malaysia. Perkarangan stadium sudah dibanjiri penyokong seawal pukul 12 tengah hari, namun debaran kian terasa sebaik sahaja wisel permulaan ditiupkan oleh pengadil perlawanan. Pertemuan antara pasukan tuan rumah dan Malaysia dalam final kedua pasti menyajikan pertarungan yang sengit selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2…