Derma kepada mangsa tsunami melalui Boost - Utusan Malaysia

Derma kepada mangsa tsunami melalui Boost

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Orang boleh membantu mangsa-mangsa tragedi tsunami di Selat Sunda melalui penyedia e-dompet tempatan, Boost.

Boost Malaysia merupakan aplikasi e-dompet tempatan dengan kira-kira 3.5 juta pengguna.

Derma sememangnya telah menjadi salah satu ciri penting dalam aplikasi Boost dimana para pengguna boleh menyalurkan sumbangan secara terus kepada badan kebajikan yang diingini.

Ketua Pengawai Eksekutif Axiata Digital, Mohd. Khairil Abdullah berkata, para pengguna Boost Malaysia boleh melihat pilihan Indonesia Tsunami Relief pada menu di bahagian Donations dalam aplikasi Boost dimana mereka boleh menyalurkan derma kepada tabung itu.

“Kesemua dana yang dikumpul di Malaysia dan Indonesia akan disalurkan melalui pejabat Boost Indonesia kepada yayasan bantuan kemanusiaan dan sosial Aksi Cepat Tanggap (ACT),” jelas Mohd. Khairil dalam satu kenyataan.

Melalui Boost tambah kenyataan itu, pengguna boleh dimuat turun menggunakan peranti iOS dan Android, pengguna bebas untuk menyumbang seberapa banyak yang mereka mahukan kepada ACT.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, layari https://www.myboost.com.my/ atau ikuti Boost dalam Facebook https://www.facebook.com/myboostapp/) dan Instagram (https://www.instagram.com/myboostapp/).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN