KUALA LUMPUR – Demonstrasi tidak akan menjatuhkan sesebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata, walaupun kerajaan Pakatan Harapan membenarkan demonstrasi dijalankan, hanya melalui pilihan raya sesebuah kerajaan itu boleh ditukar. “Kalau pilihan raya diketepikan, sebaliknya kita mengikut kehendak demonstrasi, demokrasi tidak muncul. Sementara kita benarkan demonstrasi, besar atau kecil, demonstrasi sendiri tidak boleh jatuhkan kerajaan. “Yang boleh jatuhkan kerajaan ialah pilihan raya,” katanya dalam program temu bual ‘Bicara Khas Bersama Perdana Menteri’ di RTM semalam bagi mengulas mengenai himpunan kesyukuran terhadap penolakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya