PARIT BUNTAR – Mendedahkan kesesatan bukan bermaksud menghina Islam, sebaliknya ia bertujuan sebagai pengajaran agar masyarakat Islam tidak terpengaruh dan sesat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusuf Rawa. Beliau berkata, ketika ini terdapat banyak pihak yang sering menggunakan retorik Islam untuk menarik perhatian orang ramai. “Sekarang ini ramai yang menggunakan Islam tetapi dipakai untuk diri sendiri dan kelompok mereka sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menonton tayangan…










