DBKL peruntuk RM 2.896 bilion penuhi aspirasi warga kota  - Utusan Malaysia

DBKL peruntuk RM 2.896 bilion penuhi aspirasi warga kota 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan  RM2.896 bilion bagi Bajet 2019 yang bakal menyaksikan perancangan dan projek untuk memenuhi keselesaan dan keselamatan 1.79 juta warga kota.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, bajet bertemakan ‘Kuala Lumpur Sejahtera, Harapan Warga Kota’ memperuntukkan sebanyak RM1.694 bilion atau 58.5 peratus disediakan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM1.202 bilion (41.5 peratus) untuk pembangunan.

Menurutnya, Bajet DBKL 2019 memperlihatkan peruntukan mengurus menurun sebanyak 3.7 peratus atau RM65.5 juta berbanding peruntukkan pada tahun lepas iaitu RM1.759 bilion manakala peruntukan pembangunan meningkat sebanyak 4.9 peratus atau RM56.04 juta berbanding tahun 2018 sebanyak RM1.146 bilion. 

“Bagi merancakkan pergerakan warga kota, DBKL menyediakan peruntukan baharu berjumlah RM20 juta bagi menguruskan perkhidmatan bas GO-KL yang akan diperluaskan lagi jaringan laluan dan bilangan bas serta tiada caj tambang yang dikenakan.

“Selain itu, sebanyak RM800 ribu diperuntukkan untuk pelbagai bantuan kepada golongan gelandangan yang kurang bernasib baik,” katanya ketika membentangkan Bajet DBKL 2019 di sini, hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN