Datuk bina replika kapal Titanic guna 40,000 blok Lego - Utusan Malaysia

Datuk bina replika kapal Titanic guna 40,000 blok Lego

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEEDS, Britain – Seorang datuk kepada 10 orang cucu menghabiskan masa lebih dua tahun untuk membina replika kapal Titanic dengan menggunakan sejumlah 40,000 blok permainan Lego terpakai.

Keith Morton, 65, memulakan kerja-kerja pembinaan replika kapal laut mewah itu pada bulan Februari 2016 di kediamannya di sini dan kini, Titanic Lego sepanjang 3 meter (m) dan 0.7m tinggi itu hampir siap sepenuhnya.

“Pada mulanya, saya membina beberapa kapal bersaiz kecil bersama cucu dan memutuskan untuk melakukan carian di internet jika ada model lain untuk dibina sebelum bertemu model replika Titanic.

“Saya memuat turun pelan pembinaan kapal itu tanpa mengetahui saiz sebenar replika yang akan dihasilkan,” katanya.

Dia kemudiannya membeli beribu-ribu blok Lego terpakai daripada peruncit secara online BrickOwl dan BrickLink pada harga keseluruhan sebanyak £780 (RM3,300). Jika menggunakan blok Lego baharu, kos itu boleh mencapai harga £3,000 (RM13,000).

Kapal pengangkut Britain, RMS Titanic sepanjang 269.1m dan 53.3m tinggi yang membawa seramai 2,435 penumpang karam di tengah Lautan Atlantik pada 15 April 1912 selepas melanggar aisberg. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN