PORT DICKSON 21 Dis. – Panglima Tentera Darat (TD), Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi semalam melancarkan buku Dari Meja Panglima Tentera Darat (DMPTD) sempena 100 hari beliau memegang jawatan tersebut. Buku tersebut mengandungi sebanyak 40 siri penulisan termasuk bertemakan Ikrar Kesatria, Wasiat Raja-Raja Melayu, Rukun Negara, Kepemimpinan, Ketuhanan, Latihan dan Peringatan Terhadap Gejala Negatif seperti merokok dan rasuah digarapkan dalam bentuk penulisan ringkas. Menurut Ahmad Hasbullah, buku itu…










