Cukai pelancong bakal diperkenal - Utusan Malaysia

Cukai pelancong bakal diperkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 13 Dis. – Kerajaan negeri sedang meneliti untuk memperkenalkan cukai kepada pelancong yang menggunakan Kuala Perlis untuk ke Langkawi, Kedah, sebagai sumber pendapatan baharu pada masa depan.

AZLAN MAN
AZLAN MAN 

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, setiap tahun dianggarkan seramai 5.4 juta pelancong menggunakan Kuala Perlis untuk ke pulau peranginan itu.

Beliau berkata, jika sekiranya setiap pelancong dikenakan cukai RM1 seorang maka ia bakal memberi pendapatan kepada kerajaan negeri sebanyak RM5 juta setahun.

“Ini merupakan inisiatif baharu yang difikirkan kerajaan negeri tetapi kita masih melihatnya dari sudut perundangan selain beberapa inisiatif lain,” katanya ketika menggulung perbahasan semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini hari ini.

Azlan mengulas kenyataan Asrul Nizan Abdul Jalil (PKR-Sena) ketika sesi perbahasan semalam yang membangkitkan tentang ketiadaan sumber pendapatan baharu negeri dalam pembentangan Belanjawan Perlis 2018.

Dalam pada itu, Azlan memberi jaminan bahawa semasa pentadbirannya, kesemua tanah rizab orang Melayu yang ditukar statusnya oleh kerajaan negeri untuk tujuan pembangunan telah digantikan semula dengan tanah yang setara di lokasi lain.

“Ini termasuklah tanah rizab orang Melayu di Kangar Jaya yang sebelum ini merupakan kawasan sawah padi seluas lebih 80 hektar dan kini sudah ditukar kepada pegangan bebas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×