KANGAR 13 Dis. – Kerajaan negeri sedang meneliti untuk memperkenalkan cukai kepada pelancong yang menggunakan Kuala Perlis untuk ke Langkawi, Kedah, sebagai sumber pendapatan baharu pada masa depan. AZLAN MAN Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, setiap tahun dianggarkan seramai 5.4 juta pelancong menggunakan Kuala Perlis untuk ke pulau peranginan itu. Beliau berkata, jika sekiranya setiap pelancong dikenakan cukai RM1 seorang maka ia bakal memberi pendapatan kepada kerajaan negeri…