KUCHING – Kompleks beli-belah CityOne Megamall yang terbabit insiden letupan gas pada Selasa lalu kembali beroperasi semalam selepas diberi kebenaran berbuat demikian oleh pihak berkuasa. Menurut pemajunya, Kenbest Sdn. Bhd., kebenaran beroperasi semula itu diberikan kepada Blok C dan D yang menempatkan Mall dan Mall 2. “Perunding kejuruteraan struktur telah mengesahkan letupan itu tidak menjejaskan integriti struktur bangunan,” demikian menurut Pengarah Kenbest, Stephen Long Tine Chung dalam kenyataan semalam. Katanya Blok A dan B kompleks itu pula dijangka dibuka semula selewat-lewatnya Rabu ini. “Pengunjung juga akan menikmati kemudahan tempat letak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya