Chin Tong saman Azwanddin isu pakaian seragam komunis - Utusan Malaysia

Chin Tong saman Azwanddin isu pakaian seragam komunis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong memfailkan saman fitnah terhadap Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah berhubung penerbitan dua artikel membabitkan isu pakaian seragam komunis.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Ram Karpal Singh berkata, saman itu difailkan Chin Tong melalui firma guaman Tetuan Karpal Singh & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Disember lalu. 

RamKarpal berkata berikutan itu, Mahkamah Tinggi menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 29 Januari ini.

RamKarpal memberitahu, saman itu berhubung satu posting yang disiarkan Azwanddin melalui laman Facebook dengan keterangan gambar pada 30 Oktober lalu dan artikel di laman web JMM pada 19 November lalu bertajuk “Kementerian Pertahanan Kini Berada Dalam Tekanan Dan Ancaman.”

Katanya, sehubungan itu Chin Tong menuntut daripada Azwanddin antaranya ganti rugi am, ganti rugi teladan berjumlah RM20 juta dan injunksi bagi menghalang Azwanddin daripada terus menerbitkan artikel sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN