KEADAAN langit di sekitar sebuah vila yang terletak di lereng Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur pada petang itu agak mendung. Di sebalik gumpalan awan kelabu, rintik-rintik gerimis masih turun dengan ligat, walaupun pada sebelah paginya hujan lebat telah membadai belantara ibu kota sehingga kebasahan. Di satu sudut dalam vila mewah tersebut, kelihatan kelibat Syafiq Kyle yang mengenakan baju lengan panjang berona biru dengan rambut disisir rapi. Mimik wajahnya sedikit sebal, barangkali…










