Calon boleh menang, BN belum tetapkan mana-mana parti komponen - Utusan Malaysia

Calon boleh menang, BN belum tetapkan mana-mana parti komponen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 31 Dis. – Barisan Nasional (BN) belum menetapkan calon daripada mana-mana parti komponen yang akan bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Hinghlands pada 26 Januari ini.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, meskipun ia merupakan kuota MIC tetapi BN belum memuktamadkan lagi parti mana yang akan bertanding.

“Kita masih berbincang sama ada ingin mengekalkan kuota MIC tetapi perlu saya ingatkan itu adalah kuota MIC yang mana MIC bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan berjaya mengekalkan kerusi itu.

“Yang penting calon yang akan dipilih nanti adalah calon boleh menang ,”katanya pada Hari Bertemu Pelanggan Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri di Ladang Kontrak Rock Melon di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Soffi Abd. Razak.

Pada 30 November lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kemenangan Sivarraajh bagi Kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU-14 adalah terbatal ekoran berlakunya rasuah.

Pada PRU-14, Sinvaraajh memperoleh 10,307 undi menewaskan Manogaran daripada PKR yang melibatkan saingan lima penjuru dengan majoriti 597 undi.

Sivaraajh memperoleh 10,307 undi menewaskan manpgaran Manogaran yang memperoleh 9,710 undi; Wan Mahadir Wan Mahmud daripada Pas (3,587 undi); Mohd. Tahir Kassim daripada Berjasa (81 undi) dan B. Suresh Kumar daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) (680 undi).

SPR kemudian menetapkan 26 Januari ini sebagai hari pengundian PRK kerusi P.078 Parlimen Cameron Highlands manakala 12 Januari sebagai hari penamaan calon. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN