Cabaran 'berhibur sambil beraksi' - Utusan Malaysia

Cabaran ‘berhibur sambil beraksi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 7 Dis. – Mencabar dan penuh dengan keseronokan. Itulah antara pengalaman menarik yang dirasai oleh penulis sewaktu menyertai aktiviti Wild Water Run Challenge di Taman Tema Air, Sunway Lagoon di sini baru-baru ini.

Aktiviti itu merupakan sebahagian daripada program It’s Wipe Out yang ditawarkan oleh taman tema popular itu kepada orang ramai sempena musim cuti sekolah bermula 1 hingga 30 Disember ini.

Acara menempuh halangan di permukaan air itu menyaksikan setiap peserta perlu berlari mencatatkan masa terpantas untuk merebut kejuaraan.

Sudah pasti cabaran ini memerlukan fokus, ketahanan, kekuatan dan keseimbangan badan untuk berlari sepantas mungkin sebelum berjaya menamatkan trek halangan itu tanpa jatuh ke dalam air.

Jika jatuh, peserta mungkin terlepas peluang memenangi pertandingan itu kerana akan dikenakan penalti oleh juri pertandingan dengan perlu memulakan semula larian di tempat asal.

Dalam acara pembukaan bagi mempromosikan program itu, pasukan Utusan Malaysia muncul juara pertandingan apabila mencatatkan masa terpantas iaitu 2 minit 5 saat, sekali gus menewaskan 11 pencabar lain.

Kemenangan itu memboleh-kan akhbar ini membawa pulang hadiah berupa tiket ke Sunway Lagoon bernilai RM13,300 untuk disumbang kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan.

Naib juara dan tempat ketiga pula dirangkul oleh pasukan Tyae­dros dan Kelab Bloggers Ben Ashaari, masing-masing membawa pulang hadiah bernilai RM9,500 dan RM5,700.

Acara yang bermula pada pukul 10 pagi itu tidak terhenti setakat itu sahaja malah ia turut ditawarkan bersama aktiviti lain iaitu Kid Zone, Party Zone dan Nite Parade.

Di Kid Zone, ia mengetengahkan kolam mandian untuk kanak-kanak, manakala Party Zone dan Nite Parade adalah aktiviti berparti bersama Dj dan menonton persembahan tarian pada waktu malam.

Selain itu, turut ditawarkan adalah aktiviti pembinaan arca pasir berbentuk Snow Man di Surf Beach selain jamuan ringan tengahari berupa sa­jian cookies dan cupcake di Beach Bistro.

Setiap peserta Wild Water Run Cha­llenge juga berpeluang memenangi hadiah berupa sebuah speaker JBL, tiga keping tiket ke Sunway Lagoon dan sehelai kemeja-T yang dipilih menerusi pemenang harian.

Pemenang-pemenang hari­an itu pula akan dibawa ke pe-ringkat akhir untuk sekali lagi beraksi dalam acara itu bagi me-rebut hadiah utama iaitu Go Pro Hero 7 yang bernilai RM1,900.

Orang ramai yang berminat menyertai program It’s Wipe Out boleh mendapatkan tiket pada harga RM130 untuk dewasa dan RM106 (kanak-kanak), manakala pakej untuk keluarga berharga RM456 dan RM390.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN