Buku teks digital menjelang 2022 - Utusan Malaysia

Buku teks digital menjelang 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan menyasarkan untuk menyediakan buku teks digital bagi semua pelajar sekolah menengah di seluruh negara menjelang tahun 2022.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching (gambar) berkata, sebagai permulaan kementerian bercadang mewujudkan buku teks digital untuk pelajar tingkatan satu, dua dan tiga tahun hadapan.

“Bagi buku teks digital interaktif pula, kementerian bercadang mewujudkannya untuk pelajar tingkatan tiga pada tahun 2020 manakala pada tahun 2021 pula kementerian akan menyediakan buku teks digital interaktif untuk pelajar tingkatan satu, tiga dan empat.

“Pada tahun 2022, buku teks digital interaktif akan disediakan untuk pelajar tingkatan satu hingga lima,” katanya pada sesi soal jawab pada sidang Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau berkata de­­­mikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Bebas-Masjid Tanah) mengenai pelaksa­naan buku teks digital bagi menangani masalah beg berat yang dihadapi oleh pelajar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN