LONDON 30 Nov. – Bintang tenis Kanada, Eugenie Bouchard telah meluangkan masa lapangnya di pulau milik hartawan, Richard Branson untuk menyertai pertandingan Piala Necker. Pemain berusia 24 tahun itu yang gemar berkongsi aktivitinya bersama peminat di laman sosial, telah memuat naik beberapa video di akaun Instagram miliknya sewaktu bersantai di Pulau Necker yang terletak di British Virgin Island. Dia berada di sana kerana menyertai pertandingan beregu yang menggandingkan pemain bertaraf…