Bomba TLDM tangkap ular sawa sedang mengawan - Utusan Malaysia

Bomba TLDM tangkap ular sawa sedang mengawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT 27 Dis. – Dua ekor ular sawa batik sepanjang kira-kira lima meter dengan anggaran berat lebih 100 kilogram, berjaya ditangkap oleh anggota bomba dan penyelamat Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, hari ini.

Ular sawa berkenaan yang dipercayai sedang mengawan, ditemukan oleh anggota TLDM bertugas di kawasan hutan, kira-kira pukul 12 tengah hari.

Pegawai TLDM, Leftenan Komander Meor Fuad Zakaria berkata, sebanyak 10 anggota diperlukan bagi menarik keluar reptilia tersebut dari semak.

“Pada awalnya, kita hanya melihat ekor ular itu kecil tetapi ketika ingin menariknya keluar, ia memerlukan beberapa orang anggota untuk mengangkatnya.

“Operasi menangkap ular tersebut mengambil masa lebih 30 minit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah beliau, ular berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN