SEREMBAN – Sekumpulan anggota bomba yang ditugaskan memadam sebuah kereta terbakar di Taman Jasper Jaya di sini terkejut apabila mendapati terdapat mayat dalam kenderaan tersebut selepas api berjaya dipadamkan. Penolong Penguasa Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Faizal Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran kereta jenis Nissan Sentra itu pada pukul 9.49 malam tadi. “Pihak bomba mendapati terdapat sebuah kereta jenis Nissan Sentra sedang terbakar di bahu…










