‘Bojeng’ rambut percuma - Utusan Malaysia

‘Bojeng’ rambut percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH 21 Dis. – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) melancarkan Program ‘Bojeng’ Rambut Percuma hari ini untuk meringankan bebanan keluarga miskin menjelang sesi persekolahan 2018.

Pengerusinya, Rohana Omar berkata, perkhidmatan potong rambut percuma melibatkan 200 murid keluarga miskin dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sehingga 26 Disember ini.

Menurutnya,  program itu di lapan lokasi  yang diseliakan Penggawa Daerah terlibat iaitu di Bukit Awang, Bukit Jawa, Limbongan, Jeram, Padang Pak Amat, Bukit Abal Gong Datok dan Semerak.
 
“Program ini adalah sebahagian usaha Puspanita membantu golongan asnaf yang turut terbeban dengan penyediaan uniform sekolah dan lain-lain perbelanjaan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Rohana berkata, perkhidmatan tukang gunting rambut setempat digunakan dan peserta hanya datang untuk memendekkan rambut mereka sebagaimana peraturan sekolah.

“Kita mendapat kerjasama Penggawa Daerah untuk memilih murid dari keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan.

” Selain menyediakan perkhidmatan potong rambut, Puspanita Sri Pasir Puteh turut menyumbangkan beg sekolah kepada murid terbabit, “katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×