KUANTAN 1 Dis. – Barisan Nasional (BN) negeri optimis dengan peluang parti itu untuk mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highlands jika pilihan raya kecil diadakan di kawasan berkenaan. Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, BN di negeri ini masih kukuh dan jentera parti mampu digerakkan secara berkesan bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut. “Kita optimis sebab kita menyandang (kerusi Parlimen Cameron Highlands), insya-Allah,” katanya selepas merasmikan Program Berkhatan Beramai-ramai…