BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 8 DISEMBER 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 8 DISEMBER 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG bersyukur dan ucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana menasihatkan Suruhanjaya

Hak Asasi Manusia (Suhakam) supaya menangguhkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa di Petaling Jaya hari ini.

Sudah pasti sebagai sebuah agensi yang profesional, PDRM membuat keputusan itu setelah mempertimbangkan segala aspek terutamanya keselamatan. Apatah lagi kalau perhimpunan itu diteruskan, ia bertembung dengan #DaulatHimpunan812 di Dataran Merdeka.

Oleh itu tidak perlulah mana-mana pihak mempertikaikan keputusan polis tersebut termasuk membuat hujah dangkal menuduh kerajaan terpengaruh dengan taktik tekanan dan ekstremisme.

Lagipun sudah jelas polis menyatakan terdapat risiko keselamatan negara yang berkemungkinan timbul daripada program di Petaling Jaya itu. Kalau Suhakam mahu tahu apa risikonya, mereka boleh berjumpa dengan polis untuk dapatkan penjelasan. Tidak perlulah menggesa pihak polis menghebahkan bukti terperinci kepada awam.

Justeru, Awang berharap keputusan penangguhan ini tidak dipolemikkan khususnya oleh mereka yang kononnya memperjuangkan hak asas manusia. Program itu bukannya dibatalkan, cuma ditangguhkan ke esok (Ahad) sahaja.

Mungkin lepas ini Suhakam boleh mengadakannya di Dataran Merdeka pada 10 Disember sambutan Hari Hak Asasi Manusia.

Awang – Menuju Dataran Merdeka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN