SAMPAI bila? Itulah persoalan yang bermain di fikiran Awang apabila menyentuh soal tindakan ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti atau mengisytihar menjadi wakil rakyat Bebas. Sudah pasti pelbagai alasan diberikan bagi ‘menghalalkan’ tindakan mereka, tetapi persoalannya bagaimana dengan rakyat yang mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu? Awang percaya majoriti mereka menang atas nama parti yang diwakili tetapi apabila mandat diberikan, mereka dianggap mengkhianatinya…