KUANTAN – Hujan lebat dengan bacaan kira-kira 31 milimeter sejak semalam menyebabkan daerah ini mula mengalami banjir petang tadi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Zainal Yusof berkata, seramai 192 mangsa membabitkan 53 keluarga telah dipindahkan sehingga pukul 8 malam tadi. Menurut beliau, seramai 92 mangsa melibatkan 23 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating. “Di SK Kempadang pula seramai 53 mangsa melibatkan 12 keluarga telah dipindahkan.…