ALOR SETAR – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi mengingatkan rakyat Malaysia supaya bersabar dan membiarkan proses undang-undang menentukan hukuman sewajarnya kepada pelaku yang menyebabkan kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Isnin lalu. Peringatan itu disampaikan menerusi Pegawai Khas (Ekonomi) kepada Timbalan Perdana Menteri, Ameer Ali Vali Mohamed yang hari ini menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham bagi pihak Wan Azizah di kediaman keluarga…










