PUTRAJAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memperjuangkan satu dasar agenda bumiputera baharu bagi memajukan orang Melayu dan bumiputera di negara ini secara menyeluruh. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk itu, beliau akan mencadangkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) agar agenda bumiputera dijadikan sebagai dasar teras PH sekali gus diterima oleh Kabinet untuk dilaksanakan sebagai satu agenda nasional. Menurutnya, agenda bumiputera baharu itu akan berasaskan konsep perkongsian kemakmuran bersama yang saksama. “Menerusi kerangka baharu ini, semua rakyat akan dapat menikmati kemakmuran negara secara bersama di mana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya