PUTRAJAYA 28 Dis. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memperjuangkan Agenda Bumiputera baharu yang akan dilaksanakan sebagai agenda nasional dan benar-benar dapat memajukan orang Melayu dan bumiputera secara keseluruhannya. Ketegasan itu dilaungkan Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjanji akan membawa agenda itu ke Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) agar dijadikan dasar teras PH dan diterima kabinet sebelum dilaksanakan. “Sebagai sebuah parti pribumi, Bersatu tidak perlu bersikap…










