PUTRAJAYA – Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Kali Ke-2 Parti Pribumi Bersatu Malaysia Malaysia (Bersatu) yang bermula semalam akan memberi tumpuan kepada agenda membangunkan negara dan membentuk masa depan Malaysia baharu. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perhimpunan itu juga akan turut memfokuskan usaha memperkukuh dan memperkasakan parti itu sebagai salah satu parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH). Menurutnya, tumpuan akan diberikan kepada peranan yang dimainkan oleh Bersatu dalam PH…










