MADRID 21 Dis. – Barcelona berada di landasan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan La Liga musim ini, namun masalah benteng rapuh dikhuatiri menjejaskan misi mereka. Kemenangan 5-0 ke atas Levante, hujung minggu lalu membuktikan gergasi bola sepak Sepanyol itu memiliki jentera serangan ampuh diketuai Lionel Messi. Begitupun, Barcelona antara pasukan paling banyak dibolosi musim ini dengan melepaskan 19 gol daripada 16 perlawanan. “Kami mengharungi kempen positif dan paling penting, permainan kami…










