ISLAMABAD 24 Dis. – Bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif dihukum penjara tujuh tahun atas pertuduhan rasuah yang dikatakan bermotifkan politik. Mahkamah memutuskan demikian selepas tertuduh gagal mengemukakan bukti berhubung sumber pendapatan yang membawa kepada pemilikan sebuah kilang keluli di Arab Saudi. Penyokong Nawaz memberitahu wartawan di luar mahkamah yang mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah. Di mahkamah yang sama, Nawaz pernah dijatuhkan hukuman 10 tahun pada Julai lalu selepas disabitkan dengan kesalahan pembelian sebuah pangsapuri di London. Bagaimanapun dia dibebaskan pada September lalu sementara menunggu rayuan. -REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya