KANGAR 28 Dis. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis memberi jaminan bekalan petrol dan diesel di negeri itu mencukupi menjelang 1 Jan apabila harga bahan bakar itu dijangka berubah. Penolong Pengarah (Pengkuatkuasaan) KPDNKK negeri, Mohd Rizab Baharom berkata berdasarkan rekod, 29 daripada 33 stesen minyak di seluruh negeri yang diperiksa sejak dua hari lepas, didapati mempunyai bekalan mencukupi. “Saya berharap pengguna tidak membuat pembelian panik dan…










