Bekalan minyak di Johor cukup - Utusan Malaysia

Bekalan minyak di Johor cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 30 Dis. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor tidak akan berkompromi dengan mana-mana stesen minyak di negeri ini yang cuba menutup premis tanpa memaklumkan kepada pihaknya.

Pengarah Penguat kuasanya, Aris Mamat berkata, pihaknya sudah memberi amaran kepada 574 stesen minyak di negeri ini berhubung perkara itu semasa pertemuan dengan wakil syarikat terbabit pada hari ini.

“Maklum balas yang kita terima semasa pertemuan itu ialah bekalan bahan api petrol dan diesel bagi negeri ini mencukupi dan terkawal selain mereka tidak mengalami masalah bekalan dan tidak akan melakukan penutupan operasi.

“Mengikut statistik yang dijalankan KPDNHEP Johor, sehingga hari ini, kita mempunyai bekalan sebanyak 468,895 liter diesel, RON95 (1.6 juta liter) dan RON97 (269,551 liter),” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Justeru, tambahnya, pengguna diseru untuk tidak membuat pembelian panik menjelang 1 Januari 2019.

Beliau berkata, bermula pada 26 Disember lalu, pihaknya juga telah menjalankan pemeriksaan dan pemantauan ke atas 144 buah stesen minyak bagi memastikan bekalan mencukupi untuk para pengguna, usaha itu akan diteruskan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN