PULAU PINANG 7 Dis. – Pengunjung sebuah pasar raya di Tanjong Tokong di sini semalam dikejutkan dengan penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di dalam bilik menyusu premis berkenaan. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, bayi yang masih mempunyai tali pusat berkenaan ditemukan dalam keadaan berbalut kain tuala oleh seorang wanita. Menurut sumber, bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan di pasar raya itu berikutan penemuan darah di dalam tandas premis berkenaan sebelum ditinggalkan di dalam bilik menyusu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya