PUTRAJAYA 1 Dis. – Bayaran Khas 2018 sebanyak RM500 untuk setiap penjawat awam dalam kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulan pelaksanaan serta RM250 untuk pesara kerajaan akan dibayar pada 18 Dis ini. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2018 berkata, bayaran RM500 itu akan diberi dengan syarat pegawai masih berkhidmat sehingga 18 Dis. ini dan berada dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut. Pekeliling itu menyenaraikan pegawai…