Batal PGB PTPTN: ‘Game’ PH mula esok? - Utusan Malaysia

Batal PGB PTPTN: ‘Game’ PH mula esok?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI 

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Kaedah bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi potongan gaji berjadual (PGB) menimbulkan polemik pelbagai pihak.

Malah, isu itu turut menimbulkan percanggahan pendapat antara Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran dan Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan sama ada pelaksanaan tersebut dibenarkan ataupun tidak.

Bagi Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, beliau menjangkakan inisiatif pembayaran balik tersebut akan dibatalkan atau dipinda selepas mendapat tentangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain. 

Isu seperti itu, katanya, ia menjadi kelaziman dan sebahagian ‘permainan’ anggota Kabinet PH untuk dilihat sebagai ‘hero’ kononnya mendengar suara rakyat.

“Banyak perkara lain di bawah kerajaan PH ini, dia cadang, dia yang ‘gostan’ (undur). Lepas itu dia jadi hero, kononnya ‘kami dengar suara rakyat’.

“Jadi saya boleh bayangkan lepas mesyuarat Kabinet esok, cadangan ini dibatalkan atau dipinda kerana ‘game’ macam ini dah jadi kelaziman sekarang,” katanya menerusi kenyataan dalam laman Facebook miliknya di sini hari ini.

Sementara itu, Shahril Sufian berkata, pembangkang perlu arif dalam suasana politik seperti ini sehingga kerajaan PH mampu dilihat sebagai juara walaupun mereka yang menimbulkan masalah.

“Pandai mainan mereka. Kita pun kena bijaksana dalam hujah dan pendekatan segenap isu. Jangan masuk perangkap. Kalau sekadar menyanggah, orang dia pun dah sanggah. Kalau sanggah dengan lebih agresif, boleh, tapi kena pandai nilai ‘nadanya’ supaya rakyat yang rata-rata sinis dengan ahli politik tidak akan anggap kita ‘over’.

“Kalau kuat sangat menyindir rakyat undi PH, rakyat pun tak suka. Bukan mudah, tapi inilah realiti. ‘Rakyat is king’,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN