ALOR SETAR – Bapa Nurul Najihah Mohd. Radzi sedih dan kecewa apabila hasrat untuk menikahkan sendiri anaknya dengan Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim tidak kesampaian.
Mohd. Radzi Bedah, 51, berkata, dia sekeluarga sayu apabila majlis pernikahan anak gadisnya yang dijadualkan berlangsung di Masjid Pantai Johor di sini petang kelmarin terpaksa dibatalkan setelah apa yang berlaku kepada Allahyarham.
Katanya, dia juga terpaksa membatalkan jemputan sebanyak 1,500 tetamu yang telah diundang.
“Memang saya sedih dengan pemergian Allahyarham namun kami sekeluarga reda.
“Walaupun tiada majlis perkahwinan, hubungan antara kami dan keluarga Allahyarham tidak terputus kerana kami sudah menganggap mereka seperti saudara sendiri,” ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Damai, Mentaloon di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











