Bapa temani pramugari bertugas - Utusan Malaysia

Bapa temani pramugari bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Seorang bapa mengambil keputusan untuk menaiki sejumlah penerbangan bersama anak perempuannya kerana enggan membiarkan gadis yang bekerja sebagai pramugari itu meraikan Hari Krismas tanpa keluarga.

Kisah Hal Vaughan terhadap anaknya, Pierce menjadi tular di internet selepas seorang penumpang menceritakan mengenai pengorbanan anak-beranak itu di Facebook baru-baru ini.

Mike Levy, 31, dari Ohio menyatakan, lelaki itu meluangkan masa selama dua hari ketika sambutan Krismas untuk menemani Pierce dalam penerbangan di serata Amerika Syarikat.

“Saya berasa gembira duduk di sebelah Vaughan semasa menaiki penerbangan untuk pulang ke rumah (Ohio). Anak perempuannya adalah pramugari penerbangan kami yang terpaksa bekerja pada Hari Krismas. Seorang bapa yang cukup hebat,” katanya. ­– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×