Bantuan bulanan am OKU di N. Sembilan dinaikkan - Utusan Malaysia

Bantuan bulanan am OKU di N. Sembilan dinaikkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Bantuan bulanan am terhadap seramai 2,490 golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Negeri Sembilan dinaikkan kepada RM200 berbanding RM140 sebulan berkuat kuasa Januari 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Nicole Tan Lee Koon berkata, ini merupakan berita baik bagi golongan OKU memandangkan ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

“Selain itu kita juga memperkasakan wanita Negeri Sembilan dengan memperkenalkan ‘Power House’ -Wanita Gemilang (PH GEM) bagi melatih dan melahirkan lebih ramai golongan wanita yang berkemahiran dan berkepimpinan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak, Orang Kurang Upaya dan Warga Emas Peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.

Tambahnya bagi program PH GEM, sebanyak RM30,000 peruntukan disediakan bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan Seremban, Kuala Pilah dan Tampin dipilih sebagai daerah perintis sebelum ianya diperluaskan ke daerah-daerah lain.

“Ia bertujuan untuk melahirkan lebih ramai wanita yang berkemahiran. Sesiapa sahaja atau badan bukan kerajaan yang berminat dan ingin terlibat dalam program itu boleh berjumpa saya dan boleh mohon melalui program PH GEM yang bukan sahaja dapat meningkatkan dari segi ekonomi, kebajikan sosial malah alam sekitar, pendidikan dan pelbagai sektor lain,” katanya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×